MENU

Saturday, 17 May 2014


ADVENTURE IN BORNEO
LICENCE TOUR GUIDE FROM TOURISM MALAYSIA
HOT LINE 011-1604 6118


10 TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU


Kota Kinabalu (atau dikenali sebagai "KK") dulu dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi pantai barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul rahman, kawasan perlindungan hidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725.
Bagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke Sabah, di sini senarai 10 tempat menarik yang harus dilawati sekiranya anda berkunjung ke negeri di bawah bayu ini. Antaranya adalah :

1. KINABALU PARK

Kinabalu Park terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya anda berkunjung ke sini anda dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat dingin dan berkabus. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan sendiri. Di sini juga terdapat sebuah kedai yang menjual hasil kraftangan, pelbagai produk teh sabah dan juga cenderamata untuk dibawa pulang. 





2. KAMPUNG BUDAYA

Kampung budaya Sabah terletak di Muzium Negeri Sabah. Di sini anda akan dapat lihat kepelbagaian rumah tradisional daripada pelbagai kumpulan etnik suku kaum sabah. Kegiatan kebudayaan juga turut di adakan dari semasa ke semasa. Anda juga boleh melihat jenis-jenis pakaian masyarakat etnik Sabah yang pelbagai.


3. TAMU PENAMPANG
Tamu Penampang adalah pasar yang menjual pelbagai hasil tanah negeri Sabah seperti buah-buahan tempatan, kraftangan, hasil laut, makanan tradisional Sabah dan cenderamata untuk dibawa pulang. Di tamu ini anda dapat lihat buah-buahan tempatan negeri Sabah yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini. Malah harganya juga sangat murah.

4. LOK KAWI WILDLIFE PARK
Terletak di penampang Sabah, perjalanan 30 minit dari Kota Kinabalu untuk sampai ke sini. Terdapat pelbagai haiwan unik yang boleh anda lihat seperti Kuda Padi, Orang Hutan, Harimau dan Selembu (Kacukan seladang dan lembu). Berjalan kaki mengelilingi tempat ini dan melihat haiwan-haiwan yang ada dengan lebih dekat sememangnya sangat menarik, tetapi juga sangat memenatkan. Anda juga boleh melihat pertunjukkan haiwan di sini oleh mereka yang professional.



5. MUZIUM SABAH
Muzium ini terletak di Bukit Istana Lama Di Kota Kinabalu. Di muzium ini terdapat taman etnobotani, zoo dan juga sebuah kampong warisan Sabah. Muzium ini menyimpan pelbagai sejarah Sabah yang telah lama diterokai dan masih dikaji sehingga kini.

 6. PASAR FILIPHINE
Pasar ini terletak di Kota Kinabalu. Dibuka pada setiap malam bermula jam 7 malam hingga 12 tengahmalam. Pasar ini menjual pelbagai barangan kraftangan, cenderamata dan pelbagai hasil kraf dari mutiara termasuklah, gelang, rantai, cincin, keronsang dan banyak lagi dengan harga yang sangat murah.


7. SUNDAY MARKET
Pasar ini dibuka pada hujung minggu sahaja iaitu pada hari ahad. Sekiranya anda berkesempatan untuk datang ke pasar ini, walaupun menjual pelbagai barangan seperti ikan, haiwan peliharaan dan makanan namun pasar ini sangat terjaga dari segi kebersihannya, malah tidak ada sampah pun boleh anda lihat di kawasan pasar tersebut.

 8. DESA DAIRY FARM
Desa Dairy Farm dikatakan kawasan New Zealand Malaysia. Di sini mereka menternak lembu susu segar. Kawasan di sini sangat sejuk seperti di luar Negara. Pemandangannya juga cantik dengan pagar kayu berwarna putih dan kawasan padang ragut berwarna hijau segar. Selain melihat lembu-lembu di sini seperti yang dipelihara di New Zealand, anda juga boleh membeli susu segar yang lazat.

9. PULAU MANUKAN
Pulau Manukan terletak di seberang laut Kota Kinabalu. Anda peru manaiki bot di Jeti Jesselton untuk sampai ke Pulau Manukan. Pulau Manukan memang terkenal sebagai snorkling terbaik di Sabah, airnya yang jernih, pantainya yang putih dan deruan angin yang sangat menyegarkan. Anda boleh menginap di chalet yang disediakan sekiranya ingin berada di sini ebih lama.

10. PORING HOT SPRING, RANAU
Poring Hot Spring (Kolam Air Panas) adalah taman air panas semulajadi yang dijadikan pusat rekreasi untuk pengunjung yang datang ke Sabah. Di sini terdapat sebuah kolam air yang betul-betul panas dikatakan air semulajadi dari gunung berapi. Malah bau asid dari gunung berapi itu juga boleh dihidu dengan kuat di kolam ini. Di sini juga terdapat taman bunga dan taman rama-rama terbesar di Sabah. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai hasil kraftangan yang dijual dengan harga yang sangat murah.


Begitulah sepuluh destinasi yang mampu kami kongsikan.

Sabah adalah sebuah negeri terbesar di Malaysia. Dikenali sebagai negeri di bawah bayu kerana suasananya yang sentiasa dingin dan sejuk. Walaupun Sabah kekurangan bangunan tinggi pencakar langit kerana struktur tanahnya yang berbukit bukau, namun Sabah menyimpan pelbagai hasil laut dan khazanah hutan berharga yang harus dijaga. Bagi anda yang ingin berkunjung ke Sabah, pastikan anda tidak melepaskan peuang untuk mencuba pelbagai hasil lautnya dengan harga yang sangat berpatutan di Pasar Gaya. Memang berbaloi. Seain itu antara tempat menarik di Sabah adalah Jambatan Tamparuli, Tagal Sungai Maroli, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Pekan Kundasang, The Sabah, Makam Parajurit dan banyak lagi.

Sekiranya anda buntu mendapatkan pakej percutian menarik di Kota Kinabalu. Apa kata dapatkannya dari kami. Disini kami tawarkan pelbagai pakej percutian ke Kota Kinabalu bermula pakej budget, bulan madu, family hinggalah kumpulan. Untuk dapatkan pakej tersebut boleh klik disini.



Packages

1. 3D 2N Kota Kinabalu Free & Easy
2. 3D 2N The World Heritage Site of Mount Kinabalu
3. 3D 2N Sightseeing Tour Tunku Abdul Rahman Marine Park Sapi Island
4. 4D 3N The Majestic of De' Land Below The Wind
5. 4D 3N Explorer The World Heritage Site of De'Borneo
6. 4D 3N Kota Kinabalu (2) Fantastic View of The World Heritage Site Package
7. 4D 3N Extra Ordinary Experience Land Below The Wind








 
REGISTER NOW !!!
http://usmoneyforyou.blogspot.com/p/join.html

HOTLINE: +6011-1604 6118